Saturday, March 5, 2011

Santapan rohani (sumber iluvislam)

"Hai orang orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tingal yang baik didalam syurga Aden. Itulah kemenangan yang agong. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin (Surah As-Saff (61) ayat 10-13.)"

Business Yang Terbaik
Dalam kegiatan sehari-hari, kita tidak lepas dari kegiatan berjual beli. Ada yang berjual beli barang, jasa bahkan dengan Allah-pun kita dapat melakukan perniagaan(jual-beli). Nak tahu apa business yang terbaik? Sudah sewajarnya sesuatu perdagangan (perniagaan) berlaku dengan satu perjanjian atau kontrak terlebih dahulu sebelum berlakunya urusniaga pertukaran diantara sepenjual dan sipembeli. Bagaimanakah yang dimaksudkan urusniaga perdagangan dengan Allah SWT?
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
Surah As-Saff ayat 10.

Wahai manusia, demikian tawaran dari Tuhan yang Maha Kaya lagi Perkasa satu urusniaga yang pastinya sangat menguntungkan! Tidak sebagaimana berurusniaga sesama manusia yang memerlukan modal tenaga, fikiran dan wang ringgit malahan terkadang terlibat pula dengan ampu, bodek dan tumbuk rusuk kerana persaingan sengit sesama sendiri . Tersilap langkah dan haribulan boleh menyebabkan hutang sekeliling pinggang dan akhirnya jatuh muflis!
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (RahmatNya) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )
تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ | يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) | (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar.. 
Surah As-Saff ayat 11-12.
 *moge Allah redha segala rezki yang dikurniakan kpd hamba2 NYA..amin..*

1 comment:

  1. infakkan rezki yg kita peroleh pd yg layak..insyaAllah harta tu bantu kite blk..=)

    ReplyDelete